Thursday, November 12, 2015

7 Aktiviti Menarik Pelajar Sekolah Rendah Yang Mengimbau Kenangan Masa Kecil Kita...


[ semoga yang SHARE akan dimurahkan rezeki dan sihat selalu ]




Minggu Pemantapan Kendiri sesi 2015
***************************************************************

Assalamualaikum w.b.t para blogger semua,

Alhamdulillah, berlalu sudah minggu yang agak sibuk bagi para ustaz dan ustazah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ).
Segalanya berlalu dengan lancar dan jayanya berkat kerjasama para pendidik dan juga para pelajar yang mendengar kata.

Nakal, ceria tetapi masih berdisiplin. Hihi.
Begitulah semangat kanak-kanak yang membawa icon 'muslim junior'.

******************************

01/11/2015 ; AHAD



.... telah berlangsungnya Hari Sukan bagi pihak MTSFAZ, satu hari yang amat ditunggu-tunggu para ibu-bapa untuk melihat anak mereka beraksi dan menunjukkan kebolehan masing-masing.

Juga, inilah juga masa bagi si anak berusaha mencapai kejayaan bagi kumpulan rumah sukan mereka seterusnya mendapatkan pujian dari ibu bapa mereka serta pihak sekolah.

Program ini secara tak langsung mengeratkan hubungan pihak sekolah dan para ibu bapa serta melatih disiplin para pelajar.

Ini juga akan menjadi pengalaman berguna bagi mereka di dunia sebenar bila dah besar kelak, seperti yang pihak MTSFAZ mahu, iaitu melahirkan generasi yang mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat, juga mempunyai keimanan yang sejati.

Insya-Allah.

:)

Tentang hari sukan, saya akan ceritakan di post yang akan datang, sebab ada banyak gambar yang menarik dan xtvt yang menyeronokkan.


******************************

02/11/2015 - 06/11/2015 ; ISNIN - JUMAAT

Selesai sahaja hari sukan MTSFAZMinggu Pemantapan Kendiri pula dijalankan.
Pelbagai xtvt indoor dilaksanakan, malah markah juga diambil untuk dikumpul untuk juara rumah sukan keseluruhan.

Juara akan diumumkan pada hari Jumaat.



Acara-acara yang dipertandingkan :-

  1. - hafazan
  2. - pertandingan azan
  3. - pidato
  4. - persembahan sketsa
  5. - rekacipta
  6. - khutbah
  7. - bercerita


Insya-Allah, semoga acara yang diatas, akan memupuk para pelajar mencabar keberanian diri


PERTANDINGAN HAFAZAN

Wajah Ceria Wakil Hafazan
- hebat, suara sedap.



PERTANDINGAN ALUNAN AZAN

Para Pelajar Sewaktu Pertandingan Alunan Azan
- azan adik ni memang unik. time ni saya jadi juri.



PIDATO BERKUMPULAN


Berpidato Dengan Bergaya
- memang boleh kalah wakil rakyat ni.


PERSEMBAHAN SKETSA



Persembahan Sketsa : si Anak Derhaka dan si Emak Penyabar
- serius, walaupun kecil, tapi petah betul berbicara.



REKACIPTA




Rekacipta : agak-agak kalau jual ni, berapa harganya ?
- pokok epal katanya ni.


PERTANDINGAN KHUTBAH

Khutbah Junior.



PERTANDINGAN BERCERITA




Pertandingan Bercerita.
- cerita yang berunsurkan islamik pun, mereka boleh sampaikan dengan gaya jenaka.
- memang sempoi.
- barisan juri kalangan guru pengajar.


Alhamdulillah, seminggu program berjalan dengan lancar dan penuh semangat.
Budak-budak ni, kalau dah ada lagu tema masing-masing, memang 'all-out' la tenaganya.

Kuning dengan dengan ngauman harimaunya. hihi. NGAUUUMM....
Merah dengan costume 'Iron-Man'nya.

Harimau VS Iron-man

Gambar-gambar ni semua, banyak masa hari sukan nanti.
Jadi, nantikan post tentang Hari Sukan MTSFAZ pula yer.

Pemenang rumah sukan keseluruhan ???
Haha, tahniah pada rumah Kuning.

p/s : saya rumah Hijau, k. haha, xper, cuba lagi tahun depan.

Apa-apa hal pun, para pelajar sudah pun dapat menimba pengalaman yang sangat berguna selama seminggu dua ni. Itu yang lebih penting dan lebih bernilai.

Ibu-bapa yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke 
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah,
dialu-alukan untuk ke mari mendapatkan penerangan.
Kami sedia menanti dengan senang hati.



Mari nantikan program yang akan kami ikuti di masa akan datang.
LIKE & SHARE serta sebar-sebarkan blog kami ini.

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki

....................................................................................

[ SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN SEKOLAH / WAQAF ] :-

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
.....................................................................
No. 19A, Jalan SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
03-61774315 / 0162154014 / 4015
No Faks: 03-61872673
Emel: dmtsfaz@gmail.com

atau hubungi kami di talian -
======================

0195170717 (Ustazah Hamiza)
0162154014 / 4015 (Ustazah Zu)


======================================================================




p/s : mari jana income berterusan dengan menjadi wakil pengedar kami. Pelbagai produk sunnah.
       
Produk :-  
[1]. Zain al-Akhtar : madu tualang asli.
[2]. Zain al-Akhtar : Azeem - habbatus sauda + zaitun + propolis : 3 in 1 : 200biji.
[3]. Hiqh Quality Diapers (harga murah, kualiti dan kuantiti tinggi)

- segala hasil jualan kami akan disalurkan ke tabung waqaf Maahad Tahfiz.

Whatsapp untuk info :

011-28055034 / 017-7965253



sila SHARE & LIKE  :)

2 comments:

  1. Sands Casino: $100M Casino Bonus Code | New Jersey
    This means 싱가포르 마리나 베이 샌즈 카지노 the players who get a $100M casino bonus will get a $100 M Resort Casino bonus to play online. New Jersey online casino is one of the largest

    ReplyDelete
  2. The Poker Room - Casino Information, Photos & Reviews
    Hotel & Spa. 631 S Flamingo 강릉 출장안마 Way 수원 출장안마 Flamingo Flamingo Flamingo Flamingo Flamingo Flamingo Flamingo 고양 출장샵 Flamingo Flamingo Flamingo Flamingo 대전광역 출장마사지 Flamingo 광주광역 출장마사지 Flamingo Flamingo Flamingo

    ReplyDelete