Thursday, November 19, 2015

Minggu Terakhir Persekolahan Di MTSFAZ 2015



[ semoga yang SHARE akan dimurahkan rezeki dan sihat selalu ]


NOVEMBER 2015 (selepas minggu Hari Sukan)
*****************************************

Assalamualaikum,

Haha, selepas berakhirnya minggu yang penuh dengan aktiviti yang membakar kalori serta mencabar stamina,
kini tibalah pula minggu yang terakhir sebelum tamatnya sesi persekolahan pada tahun ini, 2015.

Kebiasaannya, minggu ini penuh dengan sesi bergambar, kenang-kenangan bersama, 
selfie bersama kawan-kawan,
dan yang paling best dan yang paling saya suka,
'jamuan akhir tahun' yang penuh dengan makanan enak-enak dan 'rare'.


Kreatif Dan Ada Nilai Seni Tersendiri. hoho.

Para pelajar akan membawa juadah mereka sendiri dari rumah,
atau bagi yang berkemampuan,
akan order terus dari KFC, satay kajang, atau restoran-restoran terkenal di Malaysia.

Alhamdulillah, para pelajar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah ini pemurah semuanya, termasuklah para ibu bapa mereka.
Banyak juadah yang terhidang, yang tak habis tu, menjadi santapan kami la yang menyiapkan post blog ini.

hihi, terima kasih banyak-banyak yer.

Sambil buat blog, sambil bersantap.
Alangkah indahnya dunia. Yum..yum...


Nak Makan, Kena Pergi Menjelajah Ke Kelas Mereka.
Lain Kelas, Lain Juadah Istimewanya.

Lebih kurang jam 12 tengahari, kami mula menerima jemputan dari para pelajar, wakil dari kelas masing-masing.

Ini memang waktu 'kelaparan' kami pun.
Al-maklum la, dari semalam lagi dah dengar berita yang hari ini akan diadakan jamuan besar-besaran,
Jadi, dah siap 'melaparkan' diri dengan tak makan dari pagi lagi. hihi.
Diet ada maksud tau. :)

Gambar di atas ni adalah kelas pertama yang kami pergi.
Memang terkejut la....

"banyaknya makanan.....", kata kami dalam hati.
"ustaz, jemput makan. Jangan segan-segan", kata para pelajar.

Diorang tak tau, kami ni memang tak tau malu punyer....
Semua kami bedal, tapi yang jadi target pertama saya ialah, kek coklat.
Dah masuk dalam perut, tu yang takder gambarnya di sini.

Di satu sudut kelas, terlihat banyak pelajar berkumpul.
rupanya, ustazah sedang melatih mereka buat sendiri wafel coklat mereka sendiri.

'Nak makan, jom buat sama-sama dengan ustazah. 
Ustazah akan tolong ajarkan".
Mungkin ni la kata-kata yang diungkapkan.


Tak lupa, aktiviti bergambar antara ustaz / ustazah dan para pelajar didikan mereka.
Inilah kenangan manis sepanjang tahun yang mesti diabadikan di dalam foto.
Di bawah ni saya sertakan sesi bergambar yang menarik perhatian saya.





Semua gambar di atas ni, xtvt di dalam kelas.
Yang di bawah ni pula, adalah xtvt di dewan, iaitu sesi bergambar untuk majlis konvo,
juga untuk meraikan pelajar darjah 6 yang akan menamatkan persekolahan mereka di MTSFAZ tahun ini.
p/s : tahniah pada semua yang berjaya di dalam result UPSR dan PSRA.





Tamat sudah bercerita mengenai minggu terakhir persekolahan,
sekarang , kita intro sikit mengenai persedian 'hari konvokesyen MTSFAZ 2015'
yang akan diadakan di KUIZM.

Semasa hari konvo nanti, para pelajar akan menunjukkan berbagai persembahan yang telah memenangi anugerah terbaik semasa hari sukan MTSFAZ tempohari.

Antara yang paling saya tunggu-tunggu ialah,
persembahan sketsa dari pasukan cilik pelajar MTSFAZ.
Jangan pandang rendah mereka, k.
Bakat lakonan mereka setanding dengan pelajar sekolah menengah,
dengan suara lantangnya, dan berjaya menjiwai watak 100%.
p/s : terutama watak ketawa si iblis yang jahat. hihi. memang menyeramkan.


Semoga berjumpa kita di hari konvo 4 hari lagi (22 Nov 2015).
insya-Allah.



Kad Jemputan Ke Majlis Konvo MTSFAZ


Ibu-bapa yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke 
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah,
dialu-alukan untuk ke mari mendapatkan penerangan.
Kami sedia menanti dengan senang hati.



Mari nantikan program yang akan kami ikuti di masa akan datang.
LIKE & SHARE serta sebar-sebarkan blog kami ini.

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki

....................................................................................

[ SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN SEKOLAH / WAQAF ] :-

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
.....................................................................
No. 19A, Jalan SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
03-61774315 / 0162154014 / 4015
No Faks: 03-61872673
Emel: dmtsfaz@gmail.com

atau hubungi kami di talian -
======================

0195170717 (Ustazah Hamiza)
0162154014 / 4015 (Ustazah Zu)


======================================================================




p/s : mari jana income berterusan dengan menjadi wakil pengedar kami. Pelbagai produk sunnah.
       
Produk :-  
[1]. Zain al-Akhtar : madu tualang asli.
[2]. Zain al-Akhtar : Azeem - habbatus sauda + zaitun + propolis : 3 in 1 : 200biji.
[3]. Hiqh Quality Diapers (harga murah, kualiti dan kuantiti tinggi)

- segala hasil jualan kami akan disalurkan ke tabung waqaf Maahad Tahfiz.

Whatsapp untuk info :

011-28055034 / 017-7965253



sila SHARE & LIKE  :)

Thursday, November 12, 2015

7 Aktiviti Menarik Pelajar Sekolah Rendah Yang Mengimbau Kenangan Masa Kecil Kita...


[ semoga yang SHARE akan dimurahkan rezeki dan sihat selalu ]




Minggu Pemantapan Kendiri sesi 2015
***************************************************************

Assalamualaikum w.b.t para blogger semua,

Alhamdulillah, berlalu sudah minggu yang agak sibuk bagi para ustaz dan ustazah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ).
Segalanya berlalu dengan lancar dan jayanya berkat kerjasama para pendidik dan juga para pelajar yang mendengar kata.

Nakal, ceria tetapi masih berdisiplin. Hihi.
Begitulah semangat kanak-kanak yang membawa icon 'muslim junior'.

******************************

01/11/2015 ; AHAD



.... telah berlangsungnya Hari Sukan bagi pihak MTSFAZ, satu hari yang amat ditunggu-tunggu para ibu-bapa untuk melihat anak mereka beraksi dan menunjukkan kebolehan masing-masing.

Juga, inilah juga masa bagi si anak berusaha mencapai kejayaan bagi kumpulan rumah sukan mereka seterusnya mendapatkan pujian dari ibu bapa mereka serta pihak sekolah.

Program ini secara tak langsung mengeratkan hubungan pihak sekolah dan para ibu bapa serta melatih disiplin para pelajar.

Ini juga akan menjadi pengalaman berguna bagi mereka di dunia sebenar bila dah besar kelak, seperti yang pihak MTSFAZ mahu, iaitu melahirkan generasi yang mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat, juga mempunyai keimanan yang sejati.

Insya-Allah.

:)

Tentang hari sukan, saya akan ceritakan di post yang akan datang, sebab ada banyak gambar yang menarik dan xtvt yang menyeronokkan.


******************************

02/11/2015 - 06/11/2015 ; ISNIN - JUMAAT

Selesai sahaja hari sukan MTSFAZMinggu Pemantapan Kendiri pula dijalankan.
Pelbagai xtvt indoor dilaksanakan, malah markah juga diambil untuk dikumpul untuk juara rumah sukan keseluruhan.

Juara akan diumumkan pada hari Jumaat.



Acara-acara yang dipertandingkan :-

  1. - hafazan
  2. - pertandingan azan
  3. - pidato
  4. - persembahan sketsa
  5. - rekacipta
  6. - khutbah
  7. - bercerita


Insya-Allah, semoga acara yang diatas, akan memupuk para pelajar mencabar keberanian diri


PERTANDINGAN HAFAZAN

Wajah Ceria Wakil Hafazan
- hebat, suara sedap.



PERTANDINGAN ALUNAN AZAN

Para Pelajar Sewaktu Pertandingan Alunan Azan
- azan adik ni memang unik. time ni saya jadi juri.



PIDATO BERKUMPULAN


Berpidato Dengan Bergaya
- memang boleh kalah wakil rakyat ni.


PERSEMBAHAN SKETSA



Persembahan Sketsa : si Anak Derhaka dan si Emak Penyabar
- serius, walaupun kecil, tapi petah betul berbicara.



REKACIPTA




Rekacipta : agak-agak kalau jual ni, berapa harganya ?
- pokok epal katanya ni.


PERTANDINGAN KHUTBAH

Khutbah Junior.



PERTANDINGAN BERCERITA




Pertandingan Bercerita.
- cerita yang berunsurkan islamik pun, mereka boleh sampaikan dengan gaya jenaka.
- memang sempoi.
- barisan juri kalangan guru pengajar.


Alhamdulillah, seminggu program berjalan dengan lancar dan penuh semangat.
Budak-budak ni, kalau dah ada lagu tema masing-masing, memang 'all-out' la tenaganya.

Kuning dengan dengan ngauman harimaunya. hihi. NGAUUUMM....
Merah dengan costume 'Iron-Man'nya.

Harimau VS Iron-man

Gambar-gambar ni semua, banyak masa hari sukan nanti.
Jadi, nantikan post tentang Hari Sukan MTSFAZ pula yer.

Pemenang rumah sukan keseluruhan ???
Haha, tahniah pada rumah Kuning.

p/s : saya rumah Hijau, k. haha, xper, cuba lagi tahun depan.

Apa-apa hal pun, para pelajar sudah pun dapat menimba pengalaman yang sangat berguna selama seminggu dua ni. Itu yang lebih penting dan lebih bernilai.

Ibu-bapa yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke 
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah,
dialu-alukan untuk ke mari mendapatkan penerangan.
Kami sedia menanti dengan senang hati.



Mari nantikan program yang akan kami ikuti di masa akan datang.
LIKE & SHARE serta sebar-sebarkan blog kami ini.

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki

....................................................................................

[ SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN SEKOLAH / WAQAF ] :-

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
.....................................................................
No. 19A, Jalan SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
03-61774315 / 0162154014 / 4015
No Faks: 03-61872673
Emel: dmtsfaz@gmail.com

atau hubungi kami di talian -
======================

0195170717 (Ustazah Hamiza)
0162154014 / 4015 (Ustazah Zu)


======================================================================




p/s : mari jana income berterusan dengan menjadi wakil pengedar kami. Pelbagai produk sunnah.
       
Produk :-  
[1]. Zain al-Akhtar : madu tualang asli.
[2]. Zain al-Akhtar : Azeem - habbatus sauda + zaitun + propolis : 3 in 1 : 200biji.
[3]. Hiqh Quality Diapers (harga murah, kualiti dan kuantiti tinggi)

- segala hasil jualan kami akan disalurkan ke tabung waqaf Maahad Tahfiz.

Whatsapp untuk info :

011-28055034 / 017-7965253



sila SHARE & LIKE  :)