Wednesday, September 23, 2015

Projek Kembara Ke UTM Skudai, Johor Selama 4 Hari


KARNIVAL MASJID DI UTM SKUDAI SELAMA 4 HARI


Assalamualaikum,

Pada tarikh 09/09/2015, kami telah melakukan kembara ke UTM Skudai, Johor,
demi menyertai satu program yang dianjurkan oleh pihak universiti sana.
Mula bergerak dari Seri Gombak, lebih kurang jam 10.30 am sambil diiringi dengan doa dari Guru Besar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-ZahrahMTSFAZ ) dan ahli keluarga beliau.

Tujuan kami di sana adalah untuk memeriahkan lagi program masjid yang dianjurkan,
menyertai gerai booth, memasarkan produk-produk kami seperti:-
1. madu, 
2. lampin pakai buang bayi (high quality) serta... 
3. tudung yang kini menjadi trend di ibu kota namun tetap menutup aurat dengan sempurna.
4. penerangan tentang PROGRAM UMRAH SAMBIL BERWAQAF [klik sini]..
5. penerangan tentang PROGRAM QURBAN SAMBIL BERWAQAF [klik sini]..
6. tak lupa juga, membuka peti waqaf khas untuk projek pembinaan maahad tahfiz kami yang akan datang.
p/s :- segala jualan di booth ini akan disalurkan kepada tabung waqaf kami sepenuhnya.

p/s :- maklumat lanjut mengenai produk kami atau berminat untuk membantu kami mengumpul dana waqaf, boleh rujuk alamat untuk dihubungi, di bawah sekali.

Perjalanan agak mudah kerana jalan yang tidak sesak, cuma kami tidak dapat memandu dengan laju disebabkan keadaan hujan lebat di sepanjang perjalanan ke sana.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat lari dari keadaan jerebu yang sangat teruk yang sedang melanda ibu kota waktu ini ; IPU 121.
Johor pula masih lagi di level 'hijau'.

'Karnival Masjid' nama diberi.
Program ini bermula dari 09 ~ 13/09/2015 (4 hari).
Pelbagai program yang bersifat islamik telah dianjurkan





09 ~ 12/09/2015 ; PROGRAM DI MASJID DAN DI DEWAN UTAMA


13/09/2015 ; MAJLIS KONVOKESYEN DARI YAYASAN PELAJARAN JOHOR


Setelah melalui perjalanan jauh tanpa henti di mana-mana RnR,
sejauh 335 km, akhirnya kami tiba di UTM Skudai pada jam 3.30pm.

Alhamdulillah, cuaca mendung tapi tiada tanda-tanda hujan nak hujan di sini.
Huhu, tak sangka, besar betul UTM Skudai ni. Berpusing-pusing juga la kami mencari lokasi booth kami.
Dengan hanya berpandukan menara masjid, akhirnya kami tiba juga di tempat parking booth.
Cuaca sejuk-sejuk ni, perut pun dah sangat lapar, maka, kantin la jawabnya dulu.


KAFETERIA BAGI PENGUNJUNG UTM


Hari pertama kami, makan di sini (gambar atas).
Kafeteria yang cantik dan mempunyai suasana ala-ala chalet serta mempunyai makanan yang pelbagai.
Yang paling penting sekali, harga makanan di sini adalah mengikut harga 'student'. Murah. hihi.
Jika dilihat pada gambar, kafeteria ini mempunyai beberapa tingkat lagi...
yup, memang benar, di bahagian bawahnya adalah khas untuk kafe, dan di bahagian atasnya adalah bilik untuk disewakan kepada pengunjung atau ibu-bapa yang ingin menghadiri konvokesyen anak mereka di sini.
Bertaraf 3 bintang tau, jangan main-main, tetapi harganya tetap murah berbanding di luar sana.
Di sekelilingnya pula terdapat pelbagai kemudahan sukan outdoor.

Bagi mereka yang datang ke Skudai, ingin melawat Johor, boleh juga menginap di sini walaupun tiada sebarang aktiviti yang berkaitan UTM.
Anda juga boleh menyertai sebarang xtvt yang dianjurkan ;
- berkayak,
- menunggang kuda, [ KLIK SINI ]
- futsal
- dan lain-lain.




ok, lari tajuk kejap.
erm...selepas makan dan menunaikan solat, kami memulakan langkah pertama kami ke booth.
kelihatan, dah ramai yang sudah ada di sana, mungkin juga kami adalah yang terakhir sampai.

lebih kurang ada 4 set barisan booth yang dibuka, dan kami mencari booth kami di ruang tepi masjid.
akhirnya jumpa juga, bersebelahan dengan booth pameran buku-buku tulisan tempatan.


PENANDA BOOTH KEPUNYAAN KAMI.


Maka, kami mula membersihkan booth kami dan menghiasnya sebaik mungkin agar dapat menarik seberapa ramai pengunjung ke booth kami.
Lokasi booth kami agak strategik kerana ianya berhadapan dengan pintu masuk utama ke masjid serta laluan utama pelajar ulang-alik dari kelas dan hostel mereka.

Maka, ianya memudahkan keseluruhan kami untuk manarik pengunjung serta dalam mengedarkan 'flyers' kami di hari kelak.

Proses susun atur booth berjalan sempurna walaupun ianya tidak seperti yang kami bincangkan sebelum bertolak ke sini. Haha, tersilap perkiraan tentang luas sebenar booth kami.
Kami ingatkan ianya besar untuk kami letak segalanya.
Jadi, beginilah hasilnya sewaktu hari program 4 hari ini berlangsung.


 ini baru 15% dari jumlah booth yang ada di sana


inilah booth kami ; MTSFAZ'S booth


Alhamdulillah, sambutan pengunjung agak menggalakkan sepanjang program ini berlangsung.
Antara produk kami yang paling laris ialah jualan tudung dan juga madu tualang asli.
Membeli sambil berwaqaf.
Semoga usaha kami ini diberkati Allah.
Insya-Allah.

Sekiranya para pembaca blog yang tinggal berdekatan area kawasan Gombak ingin mendapatkan produk kami, bolehlah terus datang ke Maahad Tahfiz kami.
Boleh hubungi kami dulu untuk info tentang produk.

Ini adalah apa yang tersedia di booth kami:-

 MADU & PAMPLET WAQAF




 PELBAGAI JENIS TUDUNG (HOT ITEM) SERTA TABUNG WAQAF


 DIAPERS BERKUALITI TINGGI


MADU TUALANG ASLI UNTUK BOTOL BESAR & KECIL



4 hari kami di sini, jadi, bagaimana dengan penginapan kami di sini ?
ok, di sini ada pelbagai jenis penginapan yang pihak UTM sediakan,
yang saya tunjukkan tadi adalah yang bertaraf 3 bintang,
yang kami menginap di sini, adalah hostel pelajar (sudah tentulah dapat harga pelajar juga).
Murah, sangat murah.
Para pengunjung bandar Skudai nanti, bolehlah datang survey di sini nanti yer.

Hostel kami, KOLEJ TUN GHAFAR BABA nama diberi.
Lokasinya di hujung sempadan UTM.
Jadi, boleh agak la berapa jauh ianya dari masjid UTM yang berada di bahagian tengah.
Di bawah ini saya sertakan sedikit info tempat penginapan kami.


"ANDA DI SINI"



Jauh dan terasing. Begitulah lokasi hostel ini.
Tapi seronok, penuh dengan hutan di sekelilingnya, jadi memang sejuk la di pagi hari.
Monyet pun ada, jadi, jangan lupa tutup tingkap bila nak keluar hostel nanti.
Saya tak ingat berapa tingkat hostel kami ini, tapi, sewaktu berjalan dalam jam 7am di tingkat paling atas, pemandangannya cukup indah.
Malah disediakan meja untuk 'lepak'.
Kalau waktu malam, makan-makan bersama keluarga di sana, memang agak seronok.
Bagi peminat futsal, jangan risau, padang futsal ada jer di tepi hostel ini.

Rasanya sudah cukup panjang saya mencoret pengalaman saya sepanjang 4 hari di sana.

Kesimpulannya, segala xtvt yang kami lakukan ini, segala program jualan, 
hanyalah untuk mengumpul dana bagi pembinaan Maahad Tahfiz kami yang baru.
Banyak dana yang perlu dikumpulkan demi merealisasikan plan ini.
Kami juga dalam usaha untuk mendapatkan tanah yang bersesuaian yang berdekatan dengan ibu-bapa pelajar yang sedia ada agar dapat menyenangkan segala urusan mereka di kemudian hari.



Marilah bersama kami, berwaqaf dan menyebarkan link blog ini.
Pahalanya cukup besar, berwaqaf untuk Maahad Tahfiz seolah-olah anda membantu para bakal hafiz/hafizah ini.
Sama juga seperti pahala memberi makan orang yang berpuasa, anda memberi sumbangan makanan kepada orang yang berpuasa, maka pahala berpuasa yang sama (tidak berkurang sedikit pun) akan anda dapat juga.
Sama juga halnya dengan membantu para pelajar Maahad Tahfiz di seluruh negara.
insya-Allah.

Mari nantikan program yang akan kami ikuti di masa akan datang.
LIKE & SHARE serta sebar-sebarkan blog kami ini.

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki

....................................................................................

[ SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN WAQAF ] :-

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
.....................................................................
No. 19A, Jalan SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
03-61774315 / 0162154014 / 4015
No Faks: 03-61872673
Emel: dmtsfaz@gmail.com

atau hubungi kami di talian -
======================

0195170717 (Ustazah Hamiza)
0162154014 / 4015 (Ustazah Zu)



...................................................................................


[ INFO BERSAMA ]











P/S : tolong sebar-sebarkan yer, terima kasih ...  :)




Monday, September 7, 2015

PAKEJ UMRAH 2015 BERSAMA MAAHAD TAHFIZ

PAKEJ UMRAH BERSAMA MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH




Assalammualaikum w.b.t.


Program Umrah dengan 'Pakej Umrah Bersama MTSFAZ berasaskan Sunnah' bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) merupakan satu program amal yang dilakukan untuk mendapatkan dana bagi pembangunan MTSFAZ. 

Sebahagian daripada hasil umrah ini akan disumbangkan terus kepada pembangunan MTSFAZ dan Maahad Tahfiz Sains Aisyah Abu Bakar (MTSAAB).

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki




...................................................................................

[ KELEBIHAN TUAN/PUAN MENYERTAI PROGRAM INI ADALAH ] :-

[1] Mendapat ganjaran disisi Allah s.w.t.
[2] Dapat membantu mendapatkan dana bagi Pembangunan
     Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) dan
     Maahad Tahfiz Sains Aisyah Abu Bakar (MTSAAB).

...................................................................................

[ MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ UMRAH ] :-

Mempunyai 3 pakej, iaitu -

[1] Pakej Ekonomi
-> Hotel di Mekah : Fajar Badie @ setaraf ( 3 bintang )
    + Hotel di Madinah : Fairoz Season @ setaraf ( 4 bintang )
    = RM 5,800 sahaja (seorang).

[2] Pakej Barakah
-> Hotel di Mekah : Olayan Alyad @ setaraf ( 4 bintang )
    + Hotel di Madinah : Fairoz Season @ setaraf ( 4 bintang )
    = RM 6,450 sahaja (seorang).

[3] Pakej Zamrud
-> Hotel di Mekah : Olayan Alyad @ setaraf ( 4 bintang )
    + Hotel di Madinah : Mubarak al-Madinah @ setaraf ( 4 bintang )
    = RM 7,290 sahaja (seorang).



...................................................................................


[ TEMPAT ZIARAH PILIHAN ] :-

MEKAH
-> Jabal Rahman
-> Jabal Thur
-> Padang Arafah
-> Muzdalifah
-> Mina
-> Jabal Nur
-> Jamarat

MADINAH
-> Masjid Quba'
-> Jabal Uhud
-> Masjid Tujuh
-> Masjid Qiblatain
-> Ladang Kurma

...................................................................................


[ TARIKH PENERBANGAN ] :-
  • 05 ~ 15 Disember 2015
  • 09 ~ 19 Disember 2015
  • 17 ~ 27 Disember 2015

p/s : penerbangan menggunakan khidmat MALAYSIA AIRLINES, OMAN AIR @ QATAR AIRWAYS.

...................................................................................

[ SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN PAKEJ UMRAH ] :-

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
.....................................................................
No. 19A, Jalan SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
03-61774315 / 0162154014 / 4015
No Faks: 03-61872673
Emel: dmtsfaz@gmail.com

atau hubungi kami di talian -
======================

0195170717 (Ustazah Hamiza)
0162154014 / 4015 (Ustazah Zu)



Thursday, September 3, 2015

Lembu Korban Untuk Hari Raya Korban 2015

TARIKH TUTUP : 14/09/2015


Kepada sesiapa yang berniat untuk melakukan ibadah lembu korban untuk Hari Raya Korban 2015, dan sebahagian sumbangan untuk program Waqaf Maahad Tahfiz.

Tarikh tamat : 14/09/2015
Mari melakukan ibadah 'Qurban dan Aqiqah Amal' sambil berwaqaf untuk Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (MTSFAZ).

Tarikh-23- 27/9/2015
Tempat perlaksanaan di Kemboja, Vietnam, Myanmar, India, Bangladesh dan Indonesia.
Penyertaan - 1 Bahagian Lembu Korban  = RM 350.
1 Ekor Lembu RM 350 x 7 bahagian         = RM2450.

Program dijalankan di luar negara yang lebih memerlukan, juga untuk mendapatkan dana pembangunan baru MTSFAZ.

Pahala berterusan kerana sebahagian daripada bayaran Qurban dan Aqiqah amal ini akan disumbangkan terus kepada pembangunan Maahad Tahfiz Sains Aisyah Abu Bakar (MTSAAB) dan Maahad Tahfiz Al-Tanwiriyyah.
1. pahala ibadah 'Qurban dan Aqiqah'
2. pahala waqaf untuk Maahad Tahfiz.
3. selagi Maahad Tahfiz ini berjalan, maka selagi itu pahala berterusan buat si penderma. 
    Insya-Allah.

--> sila lawati event kami @ boleh terus walk-in ke mari untuk penerangan : 
--> email : dmtsfaz@gmail.com
--> no hp : 
                 0195170717  (Ustazah Hamiza)     
                 0162154014/4015 (Ustazah Zu)


p/s : tolong SHARE event kami yer...insya-Allah semoga murah rezeki tuan puan.
#ibadah lembu korban untuk Hari Raya Korban 2015

#1keluarga1waqaf1pembukarezeki